YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 08, 2023

BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK ASNAF DIPERLUKAN

RM525 / 10.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan untuk anak-anak asnaf yang sedang sakit dan dilanda musibah. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya derita kesakitan hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Betapa sengsaranya mereka yang sakit tidak dapat digambarkan oleh panca indera. Tabah dan sabar adalah kunci bagi mereka yang sakit bagi menempuh hari-hari yang sukar. Kunjungan pihak kami ke beberapa buah rumah golongan asnaf dan di sebuah hospital di Lembah Klang baru-baru ini amat menyentuh perasaan. Anak-anak mereka ini ditimpa musibah sakit yang pelbagai, ada yang sakit kanser, ada yang sakit lumpuh dan ada yang cedera parah kemalangan.



Dengan rasa simpati terhadap golongan asnaf ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas untuk anak-anak yang sakit ini berupa lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Di samping itu, pihak kami juga akan menyalurkan bantuan makanan asas harian seperti beras, tepung gandum, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya untuk keluarga mereka. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 30 orang anak-anak asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini khususnya ketika umat Islam masih merayakan sambutan Aidilfitri. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian anda dengan keampunan dan ganjaran yang besar.



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)



Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

NINA FADZIL

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat