YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 20, 2022

INFAQ JUMAAT UNTUK ANAK-ANAK ISTIMEWA ASNAF

RM1,847 / 36.94 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

65 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia untuk minggu ini akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan dan keperluan asas untuk anak-anak istimewa asnaf di sekitar Lembah Klang.


Assalamualaikum wbt. Anak-anak istimewa merupakan anugerah Allah SWT. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak ini, sudah pasti kehidupan mereka penuh dengan cabaran dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mereka. Walaubagaimanapun, mungkin penjagaan anak-anak ini kurang dirasai kepayahannya bagi mereka yang berada.



Namun, bagi mereka yang kurang berada iaitu dari kalangan asnaf, memiliki anak-anak istimewa ini akan menjadi satu cabaran yang sangat besar khususnya dari segi perbelanjaan kerana anak-anak istimewa ini memerlukan penjagaan yang rapi.


Sebagai usaha untuk membantu meringankan beban golongan asnaf yang memiliki anak-anak istimewa ini, maka program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini akan mengkhususkan pemberian bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta keperluan harian lain kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Bantuan juga akan disalurkan kepada pusat-pusat jagaan anak-anak istimewa persendirian yang memerlukan bantuan.


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat Anak-Anak Istimewa Asnaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Terima kasih, wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 06, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2022

HJ MOHAMAD BIN ALI & HJH KHADIJAH BINTI HJ IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2022

Kempen Sumbangan Tamat