Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,400 / 23.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
49 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Wbt. Sesungguhnya bulan yang dinanti-nantikan oleh kita semua telah hampir tiba.Bulan Ramadan adalah peluang untuk kita mendapatkan pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Pesta ibadah yang akan berlangsung selama sebulan nanti, merupakan medan untuk kita menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah S.W.T. dan hubungan kita sesama manusia.
Penekanan menjaga hubungan dengan Allah S.W.T dibulan puasa melalui pelbagai ibadat Fardhu dan Sunat mungkin tidak akan menjadi masalah kepada kita namun menjaga hubungan dengan manusia terutama sesama agama juga dituntut sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadis qudsi: “Allah ’Azza wa Jalla berfirman, ‘Aku adalah Ar- Rahman. Aku menciptakan rahim dan Aku mengambilnya dari nama-Ku. Siapa yang menyambungnya, niscaya Aku akan menjaga haknya dan siapa yang memutusnya, niscaya Aku akan memutus dirinya.” (HR Ahmad)
Atas dasar penegasan melalui hadis qudsi ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita menjaga hubungan sesama manusia dengan menginfaqkan rezeki yang kita ada untuk golongan yang memerlukan, dan untuk itu, pihak yayasan memilih untuk menyediakan juadah berbuka puasa khusus untuk pelajar-pelajar tahfiz asnaf yang berada di pusat-pusat tahfiz persendirian yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Pihak yayasan akan menyediakan juadah / makanan berupa makanan nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk mereka dan sasaran kami adalah sekitar 150 – 200 orang pelajar tahfiz yang akan diraikan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program berbuka puasa ini dan semoga usaha kecil kita ini merupakan asbab untuk Allah S.W.T. meredhoi dan mengampuni kita semua.
Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Terima Kasih. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUSTAFFA KHANNAN BIN SARBANI
Menyumbang sebanyak RM85.00
Apr 03, 2022
ZURINA ZULKIFLY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 03, 2022
KHAIRUL ANNUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 03, 2022
NINI MOHAMMAD
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 03, 2022
NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 03, 2022