YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 25, 2022

GEMBIRAKAN ANAK-ANAK ASNAF DAN MISKIN DI PAGI SYAWAL

RM3,680 / 30.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

134 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan baju raya untuk anak-anak asnaf dan miskin. Jom kita rebut pahala Ramadhan!


Assalamualaikum W.B.T. Sejak akhir-akhir ini terutama selepas dua tahun pendemik Covid-19 melanda negara, didapati semakin bertambah golongan asnaf dan miskin yang tidak berkemampuan membeli pakaian untuk sambutan perayaan aidilfitri. Ini kerana harga untuk baju dan pakaian juga semakin mahal ditambah pula dengan kos harga barang yang terus meningkat dan ini membuatkan golongan susah tidak mampu untuk berbelanja.


Sesungguhnya kemeriahan Aidilfitri bagi anak-anak terletak pada pakaian baharu mereka yang akan dipakai pada padi hari raya. Al-Baihaqi ada meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.



Sebagai menyahut seruan hadis ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan pakaian baharu hari raya bagi golongan asnaf dan miskin yang berada di sekitar Lembah Klang dan sasaran kami adalah 60 orang yang akan menerima bantuan pakaian baru bernilai RM200 setiap seorang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan Ramadhan ini demi melihat golongan asnaf dan miskin ini bergembira di hari raya nanti.



Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda “Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan Muslim yang lain. Membeli baju baharu di hari raya mampu menggembirakan golongan asnaf dan miskin ini untuk menyambut hari raya.


Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)


Terima Kasih. Wassalam.

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 02, 2022

MOHD KHAIRUL NIZAM BIN YAHAYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM1,000.00

May 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat