ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jul 27, 2022

RAYUAN INFAQ TELAGA AIR UNTUK UMAT TERMISKIN BENGAL BARAT

RM7,675 / 42.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM18,000

378 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk membina telaga air untuk kegunaan penduduk Islam yang amat-amat miskin di Bengal Barat, India, khususnya di kampung dengan penduduk Islam 49% tetapi hampir 100% miskin tegar!


Kami amat bersyukur kerana Allah SWT memilih kita untuk membantu umat Islam di Bengal Barat (West Bengal) yang mana mereka merupakan penduduk termiskin di India, di mana 95% dari umat Islam di sini adalah ketinggalan dari arus pendidikan serta sosio-ekonomi.



Baik kaya atau miskin, satu-satunya keperluan asas yang tidak boleh dinafikan ialah air bersih. Telaga Air yang akan dibina oleh ILTIZAM RELIEF, dengan kerjasama rakan tempatan iaitu Ar Raihan Educational Trust ialah di daerah Uttar Dinajpur, Bengal Barat, India. Pihak kami menyasarkan untuk membina 30 telaga air untuk umat Islam di Bengal Barat.



Mengapa di Uttar Dinajpur?


Daerah ini telah dikenal pasti sebagai penduduk yang umat Islam ramai, di mana 49% penduduk adalah Islam, manakala 49% lagi orang Hindu, 2% lagi adalah lain-lain. Pada tahun 2016, satu laporan bertajuk ‘Living Reality of Muslims in West Bengal’ (Realiti Hidup Umat Islam di Bengal Barat), diterbitkan bersama oleh Amartya Sen (pemenang anugerah Nobel) dari Pratichi Institute and Association, menggemparkan dunia dengan hasil kajian mereka. 



Hasil kajian mereka yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Secara amnya, umat Islam di Bengal Barat serba kekurangan dari segi ekonomi, jika disbanding dengan komuniti lain
2. Hanya 1% umat Islam yang bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan bergaji di sektor swasta.
3. 47% umat Islam Bengal Barat bekerja sebagai buruh kasar di sektor pertanian dan bukan pertanian. 
4. 80% umat Islam di pedalaman Bengal Barat (seperti Uttar Dinajpur) berpendapatan isi rumah kurang Rs5000.00 (RM279.00) sebulan.
5. 38.3% umat Islam di pedalaman Bengal Barat berpendapatan isi rumah sebulan kurang Rs2500 (RM139.00) sebulan.



Nota: Ini keadaan sekolah anak-anak mengaji di Uttar Dinajpur.


Di Dewan Undangan Negeri Bengal Barat pula, 95% umat Islam telah disahkan sebagai kumpulan “OBC” (Lain-Lain Kumpulan Etnik Tercorot), satu penarafan kerajaan yang diberikan kepada komuniti yang sangat tercorot dari segi pendidikan dan / atau sosio-ekonomi.



Begitulah beberapa maklumat penduduk Islam di Bengal Barat. Ayuh tuan / puan, kita bantu saudara kita di sana yang menghadapi kemiskian yang melampau. Kita tidak mampu membasmi kemiskinan mereka, tetapi kita boleh wakaf air melalui telaga air. Umat Islam itu bersaudara tanpa sempadan. 



Kami akur permintaan umat Islam di sana kerana kajian kami mendapati mereka amat-amat miskin dan dipinggir kerajaan India. Infaqlah hari ini, sekurang-kurangnya mereka boleh meminum air bersih dan mendoakan kita!



Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat