Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum

Dimulakan pada Mar 28, 2024

INFAK PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA PELAJAR MAHWU

RM50,862 / 33.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

2731 Penyumbang

54 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan dana diperlukan untuk menyiapkan surau dan asrama demi keselesaan para pelajar asnaf dan yatim.



Usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulen, berteraskan Al-Quran dan sunnah memerlukan kudrat dan usaha semua lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendekiawan ke arah mendukung cita-cita dan semangat. Bagi menyokong impian itu, Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum memberikan sepenuh tenaga dan dorongan untuk melahirkan generasi khalifah yang terdiri daripada golongan anak yatim & asnaf yang akan menerajui syiar Islam, InsyaAllah.




Pelajar-pelajar diasuh dan dibekalkan dengan hafalan Al-Quran supaya dapat menyampaikan hafalan Al-Quran dan menyebarkannya sebagai usaha untuk mempraktikkan hasil daripada sistem pendidikan yang syumul berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah kepada semua lapisan masyarakat.



Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum merupakan sekolah agama persendirian yang tidak menerima apa-apa bantuan tetap dari mana-mana agensi kerajaan atau bukan badan kerajaan. Pengurusan MAHWU ditadbir oleh sebuah jawatankuasanya sendiri.




Sebelum ini, pelajar-pelajar tahfiz ditempatkan di sebuah lot rumah kedai yang sempit dan agak usang di Puncak Alam. Keadaan yang tidak kondusif membuatkan keselesaan pembelajaran Al-Quran tidak mencapai apa yang kami harapkan kepada pelajar-pelajar di sini. Infrastruktur yang tidak selamat juga menyukarkan pelajar-pelajar ini melakukan aktiviti riadah kerana berdekatan dengan jalan utama yang sesak dengan kenderaan.


DAN ATAS SEBAB ITU…




Pada tahun 2016, dengan hasil perbincangan bersama pengurusan MAHWU, kami membuat keputusan membeli sebidang tanah dengan keluasan 3 ekar yang terletak di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.




Pembinaan asrama lelaki dan surau pelajar lelaki telah berjaya dibina hasil daripada sumbangan orang ramai. Kos pembangunan yang berjumlah RM858,295 dikumpul dengan jayanya dan inilah hasil daripada sumbangan ikhlas orang ramai.


TETAPI, PELAJAR PEREMPUAN MASIH TIDAK MENDAPAT TEMPAT BELAJAR DAN PERLINDUNGAN YANG SELESA..




Dan atas sebab itu, kini, Madrasah Al-huffaz Wal-Ulum merancang untuk mengorak langkah, membina sebuah bangunan asrama untuk pelajar perempuan. Di atas tanah wakaf inilah akan dijadikan kawasan pembelajaran Al-Quran yang lebih besar, selesa dan juga kondusif untuk pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Wal-Ulum.


Namun, kos pembinaan asrama pelajar perempuan yang berjumlah RM2,425,800 adalah jumlah yang terlalu besar untuk kami tampung dan dengan rendah hati, kami mengharapkan keikhlasan sumbangan tuan/puan akan sekali lagi menjayakan hasrat dan impian kami kali ini. Plan pembinaan kompleks asrama perempuan ini akan dimulakan dengan pembinaan surau pelajar perempuan terlebih dahulu.


Jumlah yang terkumpul setakat ini sudah mencapai RM 13,677 dan kami masih lagi memerlukan RM 2,412,123. Jadi kami mengajak insan dermawan di luar sana, sama-sama menginfakkan harta untuk merebut peluang ganjaran pahala. Tuan/puan juga boleh niatkan infaq tuan/puan dalam pembangunan asrama perempuan ini untuk diri sendiri dan juga keluarga atau kaum kerabat kita yang sudah meninggal dunia.



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”


Jadi, mari salurkan sumbangan ikhlas tuan/puan kepada dan Pembinaan Surau dan Asrama Banat (Pelajar Perempuan) Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum. Semoga dengan segala kebaikan dan keikhlasan tuan/puan akan menjadi tiket tuan/puan menempah kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT di samping mendapat ganjaran yang berpanjangan dan berlipat kali ganda. Semoga segala hasil sumbangan tersebut dapat memberi keselesaan dan pembelajaran yang sempurna buat bakal-bakal Huffaz yang akan menjadi penegak syiar Islam, InsyaAllah.



Sekiranya mempunyai pertanyaan, tuan puan boleh hubungi nombor yang tertera atau melawat terus ke alamat di bawah.


Ustaz Hafiz - 0183251843


Lot 4422, Jalan Parit Omar, Kg Bukit Hijau Jeram, 45800 Kuala Selangor, Selangor


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAIDA HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2024