MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 11, 2024

RAYU HADIRKAN SENYUMAN ANAK-ANAK TAHFIZ YANG TIDAK BERKEMAMPUAN DI PAGI AIDILADHA

RM135 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH HADIRKAN SENYUMAN DI DALAM SETIAP SUAPAN MEREKA AGAR DAPAT MENJADIKAN AIDILADHA YANG BERMAKNA BUAT MEREKA


Assalamualaikum w.b.t., muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Bersyukur kita kepada Maha Pencipta kerana di bulan yang penuh barakah ini kita masih diberi peluang untuk bernafas dan melakukan ibadah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Di kesempatan yang masih terbuka ini, kami pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, ingin mengajak mana-mana muslimin dan muslimat yang sudi menyumbang membantu kami menyediakan ayam segar yang akan diberikan kepada anak-anak pelajar tahfiz yang tidak berkemampuan sebagai sajian mereka di pagi Aidiladha.



Setinggi-tinggi rahmat dan syukur yang patut kita sebagai seorang Muslim rasai kerana Allah SWT masih memberikan kita rezeki yang tidak pernah berkurangan dan sentiasa mencukupi. Akan tetapi, jika kita dapat merenung dengan lebih jauh bahawa masih ada muslimin yang tidak berkemampuan dan daif yang hanya dapat merasai ayam sebulan sekali sahaja, lagikan daging yang mungkin hanya setahun sekali. 



Oleh itu, sebagai tanda syukur di atas segala rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT, marilah kita berkongsi rezeki yang kita ada bersama-sama dengan anak-anak tahfiz yang tidak berkemampuan ini. Dengan hanya menyumbang RM 10 dapat menzahirkan senyuman di dalam setiap suapan mereka.


Seorang lelaki juga pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?", Nabi SAW menjawab, "Kamu memberi makanan kepada orang lain."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain."

(Riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat