Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 09, 2023
RM115 / 3.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad membuka tabung infaq dan perubatan bagi tujuan membantu para pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim yang kurang bernasib baik apabila menghadapi kesulitan seperti sakit demam dan kemalangan di luar jangkaan kerana memiliki sumber dana yang tidak cukup untuk berubat.
Sehubungan dengan itu pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat dapat bersama-sama menginfaq ke jalan Allah SWT dengan berinfaq demi kebajikan untuk membantu pelajar hafiz Al-Quran ini dapat belajar dalam keadaan sihat dan dapat belajar dengan selesa demi memartabatkan kalimah Allah SWT yang suci di muka bumi ini.
Islam mengajar kita dengan ujian sakit atau musibah yang melanda kita adalah rahmah untuk mengampunkan dosa-dosa kita di sisi rabbul jalil yang diuji dalam kehidupan. Oleh itu, sifat taawun dalam Islam adalah digalakkan sesama kita apabila adanya antara kita yang dilanda musibah seperti sabda Nabi SAW:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api" (Riwayat al-Tirmizi)
Bayangkan sekiranya kita tergolong dalam kalangan yang menyumbang bagi anak-anak ini dalam menuntut ilmu ke jalan Allah. Betapa besar ganjaran pahala di sisi Allah serta kemudahan yang kita dapat sediakan kepada mereka. Sedikit pengorbanan atas keikhlasan kita, besar ganjaran buat mereka yang memerlukan. Insya-Allah berkat sumbangan ini terhadap anak-anak tahfiz ini akan menjadi bekalan kehidupan akhirat kita.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahukhairan jaza atas kesudian para penderma yang dikasihi Allah SWT sudi membantu golongan pencinta Al-Quran ini mudah-mudahan mendapat rahmah disisi Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023