Kempen ini bertujuan untuk PERKIM BTP membantu mangsa banjir di Rantau Panjang, yang kini dilanda banjir terburuk sejak tahun 2014. Terkini, seramai 13,000 mangsa banjir di Kelantan. Ayuh bantu!
Jajahan Pasir Mas di Kelantan kini telah dilanda banjir gelombang ketiga. Rantau Panjang yang terletak dalam Jajahan ini, paling teruk terkena banjir, malah dilaporkan adalah yang terburuk sejak tahun 2014.
Hujan lebat berterusan di Rantau Panjang, serta air banjir dari Selatan Thailand, iaitu wilayah Yala dan Narathiwat, melimpah ke Sungai Golok menyebabkan Rantau Panjang banjir luar biasa.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan sahaja sehingga 26 Disember 2023 telah mencecah lebih 13,000 orang.
Jika hujan berterusan sama ada di Selatan Thailand atau di Pasir Mas, air akan terus naik. Jika hujan berhenti untuk beberapa hari, air akan surut tetapi termenung untuk seminggu.
Pada awal tahun 2023, PERRKIM BTP telah melaksanakan misi bantuan banjir di Tumpat untuk 500-600 mangsa banjir dan di Batu Pahat Johor, untuk 250 mangsa.
Kali ini kami terpanggil sekali lagi untuk membantu di Rantau Panjang pula. Ayuh, jom kita sama-sama membantu mangsa banjir di Kelantan. Semoga Allah SWT menggantikan infaq anda dengan harta yang lebih baik.
Jom #BuatBaik!