ALSALAM CHARITY FOUNDATION

Dimulakan pada Oct 21, 2022

BERBAGI MAKANAN KEPADA ANAK JALANAN UGANDA

RM3,016 / 60.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

156 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah menderma ke arah kempen ini untuk memberi makan kepada beribu-ribu kanak-kanak jalanan di Uganda. Bantuan anda mampu menyelamatkan mereka dari kelaparan.


Marilah menderma ke arah kempen ini untuk memberi makan kepada beribu-ribu kanak-kanak yang tidur di jalanan, di hadapan kedai malah ada yang tidur di tempat yang menjijikkan. Ini disebabkan oleh masalah migrasi luar bandar ke bandar, tahap kemiskinan yang tinggi di Uganda dan ada kalanya kekurangan ekonomi ibu bapa yang boleh menyediakan makanan kepada mereka.



Selain malaria, kelaparan adalah ancaman terbesar kepada kehidupan dan kesihatan anak kecil. Di Uganda lebih 2000 kanak-kanak jalanan tidak tahu sama ada mereka akan mempunyai makanan untuk dimakan pada esok hari. Memberi makan kepada anak yang kelaparan bukan sahaja untuk mengurangkan rasa lapar mereka, ia juga merupakan satu cara mengelakkan dari terkena sebarang penyakit.



Antara sebab utama mengapa kanak-kanak ini berada di jalanan adalah untuk mendapatkan apa yang boleh dimakan. Pasukan Yayasan Amal Alsalam akan memasak dan menyediakan makanan kepada anak-anak jalanan ini yang bakal disumbangkan oleh saudara-saudari yang dikasihi kepada semua anak-anak jalanan yang memerlukan. Ia akan dihidangkan secara berganding bahu. Oleh itu, mendermalah ke arah kempen ini untuk memberi makan ribuan anak jalanan InshaAllah untuk menyelamatkan nyawa mereka.



Kami menggalakkan saudara-saudara untuk berganding bahu dengan Yayasan Amal Alsalam melalui sumbangan.com untuk menyelamatkan anak-anak jalanan ini. Bayangkan keluar tanpa makanan selama sehari adalah hampir mustahil tetapi terdapat begitu ramai kanak-kanak di jalanan yang mati kelaparan.


Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa memberi makan orang yang lapar, maka diampuni dosanya.”

 

“MENDERMA SEDIKIT UNTUK MENYELAMATKAN RAMAI NYAWA”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2022

KAMSANI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2022

AS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2022

NUR INSYIRAH BINTE ALI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat