MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 19, 2022

DANA PENDAWAIAN ELEKTRIK SURAU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

RM3,290 / 18.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM18,000

175 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK MENYIAPKAN PEMBINAAN SURAU DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK. AYUH BANTU KAMI.


Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din. Bermula di pondok Ayer Hitam, Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini, suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin telah wujud kembali dengan wujudnya pelajar-pelajar yang datang pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbir telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai mudir maahad.



Di awal kewujudan maahad ini hanya bergerak dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 18 orang dari negara Kemboja dan 7 orang dari negara Malaysia. Sepanjang pergerakkan dan penglibatan maahad ini dapat melahirkan seramai 100 orang pelajar telah tamat khatam 30 Juzuk Al Quran sehingga kini maahad telah mempunyai 40 orang pelajar terdiri daripada negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan kurniaannya serta berkat pengorbanan saudara-saudara Islam keseluruhan maahad ini masih dapat bergerak dan dapat berkembang walau dalam keadaan serba kekurangan.



Untuk makluman tuan/puan maahad kami di sini telah berpindah operasi pada bulan ogos 2016 daripada pondok Ayer Hitam Kedah ke Lot No121,Kg Seberang, Pekan Minggu Lama Ayer Hitam, 06150 Alor Setar, Kedah Atas tujuan untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran maahad untuk melahirkan generasi al quran yang beramal dengan tuntutan al quran. Oleh itu kami memerlukan dana sebanyak RM18,600.00 untuk proses pendawaian elektrik dan pemasangan barangan elektrik di dalam bangunan maahad yang baru serta untuk membangunkan surau. Berikut adalah sebut harga yang diberikan:



Akhir kata, pihak maahad ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi terhadap sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dari pihak perseorangan dan juga agensi-agensi berkaitan. Sekian terima kasih.


Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

LILY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat