MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 02, 2024

SUMBANGAN KOS MEMBAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA

RM125 / 4.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYU SUMBANGAN KOS MEMBAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA PELAJAR MUSLIMAT KAMI. SEMOGA KEBAIKAN ANDA DIBERKATI ALLAH SWT.


Pihak kami ingin memohon bantuan dan sokongan daripada semua pihak yang prihatin terhadap projek pembaikan bumbung asrama pelajar muslimat kami. Bumbung asrama ini telah mengalami kerosakan serius yang mengakibatkan kebocoran ketika berlakunya hujan lebat dan angin kencang. Keselesaan dan keamanan 20 orang pelajar muslimat kami menjadi keutamaan kami dan kami berhasrat untuk segera melaksanakan projek pembaikan ini.



Oleh kerana dana yang terhad, pihak kami menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan kerja-kerja membaik pulih bumbung ini. Justeru, kami memerlukan sokongan dan sumbangan daripada individu dan komuniti yang sudi untuk membantu. Adanya sumbangan daripada orang ramai akan membawa perubahan yang besar dalam usaha kami untuk menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa bagi para pelajar.



Setiap sumbangan infaq yang diberikan akan disalurkan sepenuhnya untuk memastikan bumbung asrama ini diperbaiki dengan segera, memberikan perlindungan yang sempurna bagi pelajar muslimat kami yang kebanyakan mereka merupakan asnaf dan anak yatim untuk berteduh di maahad. Dengan wang ringgit yang ada, mari menyumbang bagi memberikan peluang kepada mereka untuk belajar tanpa perlu bimbang akan keamanan tempat tinggal.






Akhir kata, mari bersama-sama memberikan sumbangan yang bererti dalam usaha pembaikan bumbung asrama bagi memastikan asrama ini kembali menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk dihuni oleh para pelajar kami. Semoga Allah SWT membalas kebaikan para dermawan dengan pahala yang berlipat ganda. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat