Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM412 / 5.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dakwah adalah sebahagian dari matlamat penubuhan PERKIM, ini termasuklah dakwah kepada Orang Asal (OA). Ramai OA yang telah mengenali Islam dan telah memeluk Islam tetapi tidak mengamalkan Islam kerana kurangnya tarbiyah dan sebahagian OA yang lain masih belum memeluk Islam kerana mereka melihat tiada perbezaan ketara dari rakan-rakan yang telah pun memeluk Islam. Sudikah anda menyokong misi dakwah ini?
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, PERKIM BTP bersama Kelab PERKIM UIA akan melaksanakan misi dakwah Orang Asal (OA) di Pos Lemoi, Cameron Highlands pada 2 March 2022 hingga 5 March 2022.
Arkib: Misi dakwah OA di Pos Lemoi
"Antara objektif misi adalah kesinambungan dari misi dakwah OA di mana ramai antara OA yang masih tidak mengamalkan Islam atau belum memeluk Islam mahu pun mengenali Islam. Sebelum ini, pihak Kelab PERKIM UIA telah melaksanakan program yang serupa, seperti memberi sumbangan hygiene kits, stationery kits, barang makanan asas serta aktiviti ramah mesra seperti sukaneka, masak dan santapan bersama warga OA di sana. Aktivis Kelab ini bermalam selama 2-3 malam di sini. Kali ini mereka telah menjemput PERKIM BTP untuk berkolaborasi."
Hasil dari sumbangan anda nanti, sasaran kami dalam misi Dakwah OA ini ialah memberikan sumbangan untuk lebih 60 keluarga OA di sini dalam bentuk hygiene kit (sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain) dan stationery kit untuk anak-anak OA di kampung ini. Di samping itu, aktiviti ramah mesra, sukaneka, masak dan santapan bersama masyarakat OA di sini juga telah dirancang.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, Misi Dakwah ke Pos Lemai telah dilaksanakan walaupun kekurangan dana yang amat ketara namun tidak mematahkan semangat kami. Majoriti di sini telah memeluk Islam termasuk Tok Batin yang baharu sahaja memeluk Islam dan kami telah mengadakan dialog mengenai kepercayaan Anisme dan puja "semangat" selain menyampaikan sumbangan hygiene kit dan stationery kit bagi pihak PERKIM BTP.
Pihak mahasiswa UIA melaksanakan agihan barang sumbangan kepada penduduk sini melalui Kelab PERKIM UIA.
PERKIM BTP juga telah memberi sedikit sumbangan tunai kepada Kelab PERKIM UIA untuk membantu mereka melaksanakan program ini.
Terima kasih semua penyumbangan. Sumbangan anda sekecil mana pun amat bermakna dalam kami melaksanakan kerja-kerja dakwah dan menyantuni muallaf di kalangan OA.
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/02/422712/dakwah-di-pos-lemoi
Ini adalah laporan media (Harian Metro) mengenai misi dakwah PERKIM ke Pos Lemoi pada tahun 2019.
Kami masih jauh kekurangan dana untuk menjayakan misi dakwah ini.
Ayuh tuan / puan yang dirahmati Allah, jom menyumbang untuk dakwah.
Ini adalah video Program Jalinan Kasi 1.0 ke kampung Orang Asal Pos Slim, Slim River, Perak. Insya Allah kami akan melaksanakan program seperti ini ke Kg Orang Asal Pos Lemoi di Cameron Highlands pula dengan sokongan anda.
Kampung-kampung OA ini sentiasa dikunjungi oleh pendakyah namun pendakwah tidak mampu kerap ke kampung-kampung ini kerana kita tiada dana sehebat pendakyah-pendakwah, khususnya dari negara Barat.
Ayuh, hulurkan sedekan anda hari ini untuk menjayakan misi dakwah Orang Asal ini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2022