Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 21, 2023
RM615 / 20.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bersedekah di bulan Rabiulawal atau juga dikenali sebagai bulan Maulidur Rasul mempunyai banyak kebaikan dan faedah. Antara amalan Nabi Muhammad SAW ialah bersedekah. Bulan Rabiulawal ialah bulan yang rahmat dan berkat kerana lahirnya Rasulullah SAW ialah rahmat buat sekalian alam.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Justeru itu, bulan Rabiulawal ini dianggap sebagai bulan pembawa rahmat yang penuh dengan barakah di dalamnya atas sebab kelahiran junjungan Rasulullah SAW." (Al-Anbiya’: 107)
Sempena memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini, pihak maahad ingin mengajak muslimin dan muslimat mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW dengan memberikan sumbangan kasih sayang kepada insan yang disayangi baginda SAW iaitu anak yatim.
Mulai dari serendah RM10, kalian boleh menyumbang untuk pembelian ayam, ikan dan daging. Dalam Al-Quran, Allah menjanjikan rahmat dan berkah bagi mereka yang bersedekah. Dengan memberi makanan kepada orang yang memerlukan, seseorang dapat mengundang rahmat dan berkah Allah ke dalam hidupnya.
Pihak maahad ingin mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang sudi berkongsi kebahagiaan buat anak-anak tahfiz ini. Sedikit sebanyak sumbangan yang telah berikan mampu mengukir senyuman di wajah para huffaz ini. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa memberi makan kepada orang lapar akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa, bahkan pahalanya lebih besar. Dengan memberikan makanan, seseorang dapat mengumpulkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
SALEHUDIN DAN KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 22, 2023