Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,770 / 13.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
119 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ketika umat Islam di negara kita sedang membuat persiapan terakhir untuk menyambut Hari Raya Korban, tiba-tiba kita dikejutkan dengan banjir kepala air yang memusnahkan 2 buah kampung, lebih 600 orang menjadi sehelai sepinggang dan dilaporkan setakat ini 3 nyawa terkorban.
Sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam,kita semua pasti bersedih di atas tragedi yang berlaku kepada saudara kita di Baling,Kedah. Peha kanan dicubit, peha kiri pun rasa sakit juga. Kami yakin, kita semua turut bersedih.
Kami di ILTIZAM amat terasa dan sedih atas kejadian yang menimpa orang Baling, kerana Baling amat dekat di hati kami. Tahun lalu kami telah melaksanakan korban di sini dan bantuan ketika PKP dan Covid-19. Oleh itu, kami dengan sokongan anda ingin membantu mangsa banjir ini dengan apa sahaja yang terdaya dan mampu.
Kami telah mendapat maklumat dari ketua operasi banjir di sana bantuan segera yang diperlukan, seperti disenaraikan di bawah:
Sebagai bantuan awal, kami akan salurkan 100 tilam untuk 100 mangsa dalam 1-2 hari ini. Setelah itu, kami akan susuli dengan bantuan lain jika mendapat sokongan padu dari para penyumbang yang dikasihi oleh Allah SWT. Demi Agama, Bangsa dan Negara, inilah masa untuk kita berjasa ketika sebahagian dari kita sedang diuji dan merana.
Inikah dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga? Kami mendapat berita lewat malam semalam (5 Julai 2022), ada pula rumah terbakar di Kg Iboi, Baling yang mana salah satu kampung kena banjir. Allahu Akhbar! Ayuh tuan / puan, hulurkan infaq anda sekarang seikhlas hati.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022