Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 23, 2024
RM100 / 3.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Infaq merupakan amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam Islam. Dengan berinfaq, kita dapat membantu mereka yang memerlukan, menyumbang kepada pembangunan bagi melahirkan generasi berakhlak dan berilmu dan memperbaiki keadaan sosial. Ia juga menjadi salah satu cara untuk membersihkan harta kita dan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Amalan infaq membawa keberkatan, pahala yang berlipat ganda, dan menjanjikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz kami menampung pelajar tahfiz lelaki dan perempuan yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim. Sebagai sebuah tempat pengajian yang komited dalam menyediakan pendidikan agama dan keperluan asas kepada mereka, kami turut menghadapi cabaran kewangan, terutamanya dalam menampung bil utiliti seperti elektrik dan air.
Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati memohon sumbangan daripada anda bagi membantu menampung kos bil utiliti ini. Kempen ini bertujuan untuk memastikan bahawa para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat, dengan kemudahan asas yang mencukupi. Dengan adanya bekalan elektrik dan air yang stabil, kami dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan kehidupan harian mereka.
Mulai RM10, ayuh hulurkan sumbangan infaq bagi menampung bil utiliti untuk kemudahan ibadah dan pengajian para pelajar tahfiz. Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu mereka agar dapat belajar dan beribadah dalam suasana yang selesa dan tenang. Mari bersama-sama menyokong usaha murni bagi menampung bil utiliti maahad tahfiz demi meraih saham akhirat yang berterusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 24, 2024