Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada May 13, 2022

RAYUAN BANTU BAIKI RUMAH ASNAF

RM1,410 / 35.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

80 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu kami mengumpul dana sebanyak RM4,000 sahaja untuk membaik pulih rumah asnaf yang amat dhaif supaya keluarga ini boleh berteduh dengan lebih selesa dan selamat!


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, satu hari sebelum Aidilfitri, iaitu pada 1/5/2022 Biro Kebajikan PERKIM BTP telah menziarahi saudara Md Yunus dan keluarga di Ijok, Selangor, iaitu satu keluarga asnaf miskin. Ketika program ziarah ini PERKIM BTP telah menghulurkan sedikit sumbangan barang dapur dan sedikit bantuan wang tunai.



Ketua keluarga iaitu En Yunus adalah pesakit jantung dan sedang sengsara kerana pendarahan usus yang kronik. Beliau sudah terlantar di katil selama 10 tahun dan perlu memakai lampin sepenuh masa. Beliau perlu rawatan berterusan di hospital tetapi sering kali tidak mampu ke hospital kerana tiada wang dan pengangkutan. Dahulu ketika sihat, beliau seorang yang rajin mencari nafkah dengan membuat pelbagai kerja termasuk ambil upah potong rumput.


Isteri pula pesakit kencing manis di mana satu jari kaki telah pun dipotong. Isteri juga terpaksa menjaga suami, oleh itu tidak boleh bekerja. Dua orang anak perempuan mereka pula, seorang menunggu keputusan SPM dan seorang lagi baru tingkatan 4 dan masih belajar di sekolah.



Mujurlah ada bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun hanya cukup untuk kelangsungan hidup. LZS ada membuat pertimbangan untuk membaik pulih rumah beliau, tetapi status tanah belum menjadi hak milik isteri kerana isteri adalah anak angkat arwah bapa angkat.


Hasil pemerhatian kami, syiling rumah ini dalam keadaan amat dhaif dan amat membimbangkan. Ia boleh roboh bila-bila masa dan mengancam keselamatan keluarga ini. Keadaan rumah mereka juga amat dhaif sekali, atap bocor di sana sini, lantai juga berlubang.


Oleh itu, PERKIM BTP ingin membantu membaik pulih syiling dan beberapa kerosakkan teruk rumah mereka ini. Seorang kontraktor binaan kampung bersedia membaik pulih dengan kos bawah RM4,000.



Ayuh, menyumbanglah seikhlas hati! Amat besar ganjaran pahala membantu hamba Allah yang memerlukan tempat berteduh lebih selesa dan lebih selamat.


Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 18, 2022

NUR

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat